TITLE; Islam Pilihanku
Saturday, August 17, 2013 | 9:23 AM | 0 comments
Beberapa tahun dahulu, aku melihat perang dingin yang terjadi
antara ibu bapa dan kakakku yang pada ketika itu memilih untuk memeluk
Islam atas dasar ingin berkahwin. Aku faham, hati mereka terguris dan
bengkak dengan pilihan itu. Namun, akhirnya mereka redha. Selepas itu,
hati mereka kembali tergguris apabila seorang lagi kakakku diikuti
abangku turut memilih jalan yang sama.
Akur dengan keadaan itu, aku menjadi harapan terakhir agar terus setia sebagai seorang Kristian dan memenuhi impian ayahku untuk memimpin tangan anak perempuannya ketika upacara perkahwinan di gereja lantaran kakak sulungku memutuskan untuk tidak berkahwin. Aku cuba sedaya upaya untuk memenuhi impian mereka namun jauh di sudut hati aku ingin sekali memeluk agama yang pada pandangan mataku hidupnya sangat teratur serta dilindungi.
Menyambung pelajaran di salah sebuah universiti di utara Semenanjung Malaysia, aku berkawan rata-rata dengan budak Melayu. Aku selalu bertandang ke bilik teman baikku yang aku anggap sangat sabar melayan segala persoalanku mengenai Islam. Aku ingat lagi, antara soalan aku adalah mengenai signifikan pemberian salam kanan dan kiri selepas solat.
Selepas empat tahun meninggalkan dunia kuliah, aku ke Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur untuk mengucapkan dua kalimah Syahadah ditemani oleh kakak serta abang iparku dan teman lelakiku yang menjadi saksi pertama.
Alasan yang kuberikan pada ayahku adalah aku akan berkahwin dengan seorang lelaki Melayu. Ya, memang teman lelakiku beragama Islam, namun ia adalah batu loncatan agar aku dapat memeluk agama yang aku rasakan mendekatkan aku dengan Allah.
Aku tahu, sekiranya aku suarakan hasrat untuk memeluk agama Islam (kerana sudah lama aku niatkan seperti itu), sudah pasti parang akan dilibas. Maaf aku pinta kerana menipu ayahku, namun itu adalah jalan terbaik yang aku ada agar aku dapat memeluk Islam dan menjalankan segala ibadah sebagai umat Islam dengan tenang kerana aku tahu, ayah mempercayai lelaki pilihan anaknya adalah yang terbaik hingga menyebabkan dia merelakan anaknya memeluk agama Islam.
Alhamdullilah, aku rasakan hidup aku lebih tenang dan terpelihara apatah lagi saat aku menyarungkan tudung seminggu setelah aku bergelar muslimah. Walaupun masih banyak yang perlu aku perbetulkan tetapi aku berusaha untuk menjadi seorang Islam yang bukan hanya pada nama.
Inilah pilihan terbaik yang tidak akan pernah aku kesali…. mohon doakan aku…
#Share#