TITLE; KALAU BENAR CINTA, BUKTIKAN.
Saturday, March 30, 2013 | 7:05 AM | 0 comments
Kebiasaannya,
fitrah hamba
Allah..kalau
seseorang itu jatuh hati kepada seseorang ini
dalam erti
kata lain CINTA.
sehabis
upaya & sedaya yang mampu seseorang itu akan cari tahu siapakah seseorang
ini
mengapakah
seseorang itu mampu jatuh hati pada seseorang ini?
kenapa pada
seseorang ini & bukan pada seseorang
yang lain?
semakin
seseorang itu mencari tahu siapakah seseorang itu
semakin
bertambah cintanya terhadap seseorang itu
kerana apa?
kerana seseorang
itu semakin mengenali siapakah seseorang itu
semakin
dicari tahu, semakin mendalam cintanya terhadap seseorang itu
kerana
seseorang itulah, seseorang
itu mampu terlihat kekurangan terhadap dirinya lantas bangkit memperbaharui nilai
hidupnya
kerana seseorang
inilah, seseorang
itu mampu mempelajari & melihat sesuatu yang baru yang tak pernah terlihat olehnya
semalam
kerana
seseorang inilah, seseorang
itu mampu membawa dirinya lebih baik dari yang semalam
seseorang
itu sedar
bukanlah
kerana dengan niat dia berubah semata-mata kerana seeorang itu
yang dicari
redha dari Dia & bukan pujian dari manusia
tetapi
kerana nilai terhadap seseorang ini mampu terbias pada seseorang itu walaupun
tanpa
bersua muka
jauh sekali kerana dipaksa atau terpaksa
kerana apa?
kerana
seseorang ini ibarat cermin terhadap seseorang itu
yakni, cinta
seseorang itu terhadap seseorang itu
bukanlah
cinta yang membawa kepada kehancuran, kerosakan mahupun kemaksiatan
kini
seseorang itu semakin terlihat jelas matlamat hidupnya yang sebenar
mencari redha Allah - MARDHATILLAH
mencari redha Allah - MARDHATILLAH
seseorang
itu semakin mengenali siapa Penciptanya
moga inilah
cinta yang sebenar. cinta yang
membawa kepada redha, cinta & kasih Ilahi..
jika benar
kau mencintai sesuatu
ketahuilah
ia mampu mempengaruhi aku, kau & kita
tiada yang terkecuali. tetapi segalanya terletak atas pilihan aku, kau & kita sendiri
tiada yang terkecuali. tetapi segalanya terletak atas pilihan aku, kau & kita sendiri
pengaruh
yang membawa ke syurga atau ke neraka
cinta arus
kebaikan yang membawa kepada gelora & ombak ketenangan
cinta arus
kemaksiatan yang membawa kepada badai kelalaian & kejahatan
itu cerita
manusia terhadap manusia
cerita
sesama kita.
bagaimana
cerita kita terhadap kekasih Dia?
semua orang
mengaku mencintai baginda. aku adalah salah seorang daripadanya
tapi aku
macam cakap tak serupa bikin
kalau betul
aku cinta & sayang Rasulullah s.a.w
sirah?
sunnah?
selawat?
malu je
kalau orang tanya
cakap
meletop-letop
buatnya
setipis size anak ikan bilis pun agaknya tak sampai
pendek yang
aku dapat simpulkan
kalau benar
mencintai sesuatu
buktikan.
kalau benar
mencintai Rasulullah s.a.w
buktikan.
cinta tanpa
bukti is nothing.
Ini fakta
yang sangat diyakini
semakin
dikaji sirah Rasulullah s.a.w
semakin
dicari tahu siapakah disebalik kekasih Allah
hati semakin
lunak
lidah
semakin lembut
mata semakin
tajam
perilaku
semakin lembut
kerana apa?
kerana orang
yang kita cintai itu adalah kekasih Allah
berselawatlah. Rasulullah
tunggu..
jika benar
kau mencintai Rasulullah s.a.w
auranya
mampu mempengaruhimu
tetapi
segalanya terletak atas pilihanmu sendiri
nak buat
atau tak. biaskan
akhlak baginda pada akhlak kita
Di satu
sudut pasar Madinah Al-Munawarah ada
seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi
hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata,
"Wahai
saudaraku janganlah kamu dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan
dipengaruhinya."
Namun tanpa
disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan
membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan
makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu
berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang
dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.
Setelah
kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Saidina Abu Bakar r.a
berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya,
"Anakku
adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"
Aisyah
menjawab pertayaan ayahnya,
"Wahai
ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah
pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."
"Apakah
itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap
pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan
untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.
Keesokan
harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya
kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu
kepadanya.
Ketika Abu
Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak,
"Siapakah
kamu?"
Abu Bakar RA
menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan!
Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.
"Apabila
dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini
mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi
terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,"pengemis itu melanjutkan
perkataannya.
Abu Bakar RA
tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis
itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah
salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi.
Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."
Setelah
pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis & kemudian
berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan
memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia
mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."
Pengemis
Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA..
nak
mengamuk?
ingat
Rasulullah.
Rasulullah
s.a.w tak pernah mengamuk.
nak
mencarut?
ingat
Rasulullah.
Rasulullah
s.a.w tak pernah mencarut.
teringin nak
berdendam?
ingat
Rasulullah.
Rasulullah
s.a.w tak pernah berdendam.
nak mengata?
ingat
Rasulullah.
Rasulullah
s.a.w tak pernah mengata.
dan
macam-macam lagi. Contohi Rasulullah kalau betul kita sayang baginda. Itu
buktinya.
Sekali lagi.. Cinta tanpa bukti is
nothing.
Wallahua'lam. May Allah bless.