Follow Dashboard
TITLE; Fasting Muslims' Month
Tuesday, August 2, 2011 | 6:06 AM | 0 comments
"wahai orang-orang yang beriman, 
kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas 
orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
(Surah Al-Baqarah:183)




Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: 


-Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. 
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. 
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: 
"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya." 
(Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)


Mutiara  Menawan daripada Hadis2 Kelebihan Ramadhan

# Hadis-hadis ini juga menceritakan tentang kepentingan keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadah, kerana amalan hanya diterima dengan niat yang ikhlas.
# Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan. Begitu juga, ia mampu menghapuskan segala dosa jika seseorang bertaubat dengan taubat nasuha, seterusnya melakukan ketaatan sebagai ganti (kaffarah) bagi dosa-dosa tersebut.
# Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi menahan seluruh anggota daripada kemaksiatan dan kedurhakaan kepadaNya. 
# Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi di sisi Allah s.w.t..
# Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai yang tersayang, dan kegembiraan apabila bertemu Allah s.w.t. kelak. Sememangnya, dalam berbuka puasa itu, kegembiraan seseorang hamba bukanlah kerana dapat memenuhi syahwat makannya setelah lama menahannya, tetapi kegembiraan hakiki seseorang hamba sewaktu berbuka puasa ialah, apabila melihat hidangan di hadapannya, dengan penuh syukur, dengan merasakan, seluruh rezeki tersebut merupakan suatu tanda kecintaan Allah s.w.t. kepadaNya.
Semoga puasa kali ini dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam dalam usaha untuk memperbaiki hubungan diri dengan Allah s.w.t..

Maksud Hadis Rasulullah S.A.W
"Bahawa roh orang-orang  mati datang beramai-ramai  ke langit dunia pada tiap2 malam dan berhenti bertentangan dengan rumah masing2. Tiap2 satu roh diantaranya menyeru berkali-kali dengan suara yang hiba dan seraya berkata : Wahai kaum kerabatku dan anak2ku! Wahai orang yg mendiami
rumah kami dan telah membahagi2 dan menerima harta pusaka peninggalan kami, Adakah sesiapa diantara kamu yg masih ingat kepada kami atau yg pernah memikirkan keadaan kami yg sedang berada di alam barzakh? Kenanglah kami dan bantulah kami dgn doa dan amal yg soleh. Semoga Allah memberi rahmat kepada kamu..."
Setelah puas menyeru dan merayu kembalilah kumpulan roh itu ke tempat masing- masing untuk datang lagi pada malam berikutnya. Jika ada yang mendoakannya, kembalilah dia dengan gembira. Jika tidak, kembalilah dia dengan hiba dan hampa."
Wallahualam...


Old things | New things