Follow Dashboard
TITLE; TERLUKA TANPA SUARA
Saturday, December 28, 2013 | 8:45 PM | 0 comments
Sahabat, aku cuba menjadikan sunnah Rasulullah dalam bersahabat dengan mu. Aku membulatkan hati menyayangi mu kerana Allah semata. Aku tidak mengharapkan balasan, cukuplah sekadar aku memberi kasih sayang.

Tetapi aku manusia yang lemah jiwanya, mudah tersungkur tatkala dikecewa. Apabila dikhianati, separuh jiwaku hilang, ia terbang melayang. Aku menjadi sangat kecewa, dihimpit rasa penuh duka. Hatiku lumpuh dan akhirnya kosong.

Sahabat, aku bukan kejam. Tetapi kecewa ini yang merejam dan menikam. Aku mula menjauhkan diri darimu. Tidak lagi melayan kerenah manismu, sedangkan itu yang sangat aku rindu. Aku semakin pergi, sahabat. Dan aku menjadi semakin keliru bila kau bertindak bagaikan setuju.

Hari ini, kita adalah orang asing tanpa suara. Tiada lagi khabar berita, mahu pun gelak ketawa. Kita seperti tak akan pernah berkongsi cerita, tiada rasa. Aku sering tertanya, adakah hidup kau telah bahagia dan penuh sempurna? Adakah telah kau temui insan paling istimewa?

Sahabat, pernah jua aku bersoal mengapa begini akhirnya kita. Tapi aku sedar, tiada jawapan pada sesiapa. Hanya pada Allah, aku serah segala.

Sahabat, andainya ini perpisahan kita, doakan ia perpisahan yang penuh redha. Mungkin ada rahsia yang belum dapat kita baca. Mungkin juga pertemuan kita dulu bukan kerana Allah semata. Kita mengikut nafsu dan lari dari cinta-Nya.

"Ya Allah jangan biarkan kami di dalam murka-Mu, pimpinlah kami
dan tunjukkan kami jalan benar ke syurga-Mu"

Terima kasih sahabat kerana menjadi guruku yang paling dekat, yang banyak memberikan manfaat. Sahabat, jua maafkan aku kerana tidak mampu untuk bersamamu seperti dulu. Hanya Allah yang tahu betapa setiap waktu kau aku rindu.

Hanya syurga untukmu, sahabatku..itu doaku...

*Post ni special utk someone actually. Harapnya dia terasa lah~*

 ........................................................................................

Agak-agak kenapa la aku dok post pasal sahabat? Emm, dah aku rasa macamtu. Ikut je lah.
By the way, hati ni tengah rindu zaman sekolah dolu-dolu. *dolu-dolu lah sgtkan?* Baru nak mengaku. Masa last day kat Kisas macam tak rasa apa-apakan? Hah, amekaw..padanlah muka. Kan dah rasa macam mana. *Gelakkan diri sendiri T_T* Rasa yg tak tertanggung dah ni, dahsyat tak bunyi? Heh. Macam baru lepas break up je, taklah...lebih daripada tu kot. Sebab aku sendiri pun taktau macam mana perasaan lepas break up, ahaha~

Cek rindu segala-galanya pasai sekolah. Nak type, panjang bebeno. Tapi tu lah...hmm. Cek rindu sahabat2 seperjuangan. Nampak tak? Cek dah belajaq erti rindu. Sebenaqnya, cek bukannya reti sangat nak citer lebih-lebih. *cek cuba loghat lain, walaupun tak jadi sgt sebab kat sekolah cek ada yg kecek mcm2 loghat lagi~

Yang paling penting, aku nak cakap ni...
1) Terima Kasih/Trimas(bahasa komik)
2) Syukran Kathiran
3) Thank You
4) Kamsahamnida
5) Sheshe

Lepas tu, ada lagi ni...
1) Mintak maaf banyak-banyak
2) Asiff jiddan
3) So sorry
4) *taktau pulak nak translate apa* 
5) *lagilah taktau*

Ehem, mana yg aku taktau tu pi google translate je lah ye~

Lastly...
CEK SAYANG MENGKOME KERANA ALLAH. InsyaAllah :')
*Sila menangis  terharu kpd sapa2 yg kenai cek*

*NOTA KAKI*

Kadang2 kita jatuh tersungkur, ada seseorang datang memberi semangat untuk kita supaya kita bangun semula. Kemudian orang tersebut pergi meninggalkan kita, kita kembali sedih. Kita fikir, orang yang selama ini memberi semangat untuk kita sudah pergi. Sehingga kita tidak sedar yang menghadirkan orang tersebut untuk datang kepada kita adalah Allah. Yang mengilhamkan ke dalam hatinya untuk memberi semangat kepada kita itu juga Allah.

#Sungguh, Allah tidak pernah meninggalkan aku dan kamu dalam apa jua keadaan.. 
Let's put our trust on Him! :)

Habis dah luahan hatiku. Sekian~ 
Assalamualaikum!

-Shared from RemajaCintaDakwah on fb- 


Old things